Kerana Tonjol Ini Satu Anugerah..

Posted by Twenty Seven on Sunday, March 02, 2014 with 1 comment


“Joe, apa khabar kau sekarang?” sapa seorang sahabat aku di ruangan chat pada laman sosial Facebook. Kami pernah bersama sama suatu ketika dahulu di dalam satu pengajian di Kelantan. Terkenang daku akan salasilah nisbah panggilan Joe itu.

Semuanya bermula pada majlis orientasi dan pada tahun pertamaku menjejakkan kaki melangkah memulakan pengajian peringkat menengah di sini. Semuanya kerana ketonjolan sikap dan tabiat aku yang ingin sentiasa terkehadapan berbanding orang lain menyebabkan aku mendapat gelaran “menonjol” dari abang abang senior.

Dari pangillan “menonjol”, dipendekkan ia menjadi “Joe”. Sepertinya ia kelihatan aku lebih selesa untuk dipanggil sedemikian mungkin kerana nama itu sudah komersial dan makruf.

Awal dahulu, aku cukup tertekan terfikir bermenung sendirian. Apakah salah aku ingin terkehadapan? Lebih terdahulu dan berani ke hadapan sepanjang masa. Dengan gelaran sedemikian aku selalu bermenung, berfikir sendirian. Gelaran tersebut seolah memberi satu impak dalam mental aku ke’tonjol’an ini satu jenayah yang besar pada pandangan masyarakat.




Sehari demi sehari aku lalui hidup memegang ‘title’ itu. Untuk merasa menyesal dan berasa bersalah, aku pedulikan semua itu. Kerana pada aku, aku yakin sikap ini bukan satu budaya negatif. Bukan satu kesalahan aku dilahirkan dan dididik dengan sikap sedemikian. Kerana aku tak mahu berpura pura. Aku adalah aku. Just live with it.

Perlahan lahan, sementelah beberapa tahun dan setelah habis zaman persekolahan kini, baru aku sedari. Sikap yang selalu ingin terkehadapan dahulunya memberi impak yang sangat besar pada diri aku sekarang. Setiap pekerjaan atau ada tugasan aku sudah punya keyakinan yang cukup dek berpengalaman dengan urusan sedemikian di waktu peringkat menengah.

Aku punya keyakinan berinteraksi dengan orang asing. Punya keyakinan untuk bertanya sesuatu yang tak aku faham pada orang yang baru dikenali. Punya keyakinan untuk bercampur dan hidup dengan budaya orang.

Sungguh. Baru sekarang ini aku rasakan semua ini satu anugerah dari Tuhan.

Begitulah sebenarnya aturan Tuhan dalam hidup kita. Terkadang apa yang telah ALLAH takdirkan untuk kita, kita terlalu gopoh mencari hikmah. Kita persoalkan dan mengeluh. Sedangkan hikmahnya itu mungkin tidak sekarang, mungkin akan datang.




Moralnya, apa sahaja takdir yang ALLAH aturkan, terima dan live with it. Kita tidak rugi apa apa. Bukankah kelebihan bersabar itu sudah ALLAH beritahu di dalam QURAN? Berapa banyak saranan ALLAH untuk orang yang punya IMAN mengalakkan hambaNYA bersabar? Renungkan. Bersabar dan redha. Hikmahnya akan datang. Semoga ALLAH redha.

Buat sahabatku dan untuk anda jua, ukhuwwah kita sampai syurga. Tabahlah kalian dalam menghadapi apa jua dugaan. Semoga ALLAH beri kita kekuatan untuk menghadapi segala ujian dan mehnah hidup ini.

Sekian.

0053am
Joe The Lagend
Hanya Jauhari Mengenal Manikam, Hanya ‘Sek Sediri’ kenal empunya kalam.
Categories: